header nuffnang

Laman Utama

Tuesday, March 22, 2011

Hattan Dah Siap Penaja Untuk Ke IB ?



Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar ini merupakan di antara rocker yang berjaya menempatkan diri dalam industri muzik sehingga kini. Walaupun sekarang ini agak jarang kita mendengar tentang perkembangan karier Hattan, tetapi duda anak satu sebenarnya sangat sibuk dengan karier seninya.

Terkini, dia sibuk dengan penganjuran Karnival Mesra Belia 1 Sarawak yang diadakan pada setiap minggu bermula Januari lalu. Untuk karnival ini Hattan menerusi syarikatnya, Riaa Events Sdn Bhd perlu menjayakan konsert yang diadakan di setiap lokasi karnival.

“Projek ini memerlukan syarikat saya membawa lima atau enam artis untuk mengadakan persembahan di setiap lokasi karnival. Kita ada 71 lokasi kesemuanya dan pada setiap minggu, kita kena adakan persembahan di beberapa buah lokasi. Pernah terjadi sampai tujuh tempat. Ini bermakna, setiap minggu syarikat saya perlu menguruskan lebih 30 orang artis untuk dibawa ke Sarawak.

Kalau ditanya penat atau tidak, memang saya jawab penat. Tetapi, saya seronok kerana dapat berjumpa dengan ramai peminat di luar bandar. Mereka ini sangat menghargai kehadiran penyanyi dari Semenanjung. Malah, mereka juga sangat sporting. Setiap kali saya dan rakan-rakan buat persembahan, pasti ramai yang hadir,” cerita Hattan.

Dalam perkembangan lain, Hattan juga memberitahu yang dia sebenarnya sedang merancang satu konsert solo sempena 25 tahun berada dalam industri. Jelas penyanyi ini, berkemungkinan besar dia akan mengadakan konsert solo itu di Istana Budaya (IB).

“Ini adalah perancangan saya untuk meraikan peminat yang telah menyokong saya selama 25 tahun ini. Buat masa ini IB adalah pilihan pertama saya sebab ia adalah sebuah pentas yang berprestij. Rasanya bukan saya sahaja mahu masuk ke IB, pasti ramai lagi penyanyi lain yang menginginkannya.

Kertas kerja untuk projek ini telah pun siap. Bahkan, saya juga sudah dapat penaja. Saya sedang mencari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pihak pengurusan IB. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan hajat saya untuk mengadakan konsert ini tercapai. Seandai jadual di IB penuh, mungkin saya akan tunda ke tahun hadapan,” ujar Hattan yang mahu mengadakan konsert selama tiga malam berturut-turut.

Sedikit gambaran mengenai konsert itu, Hattan menjelaskan dia mahukan sebuah konsert yang artistik di mana ia menceritakan perjalanan kariernya sepanjang tempoh 25 tahun.

“Saya tidak mahu ada lakonan dalam konsert itu. Selain menyanyi, saya mungkin akan gunakan skrin besar untuk membantu penceritaan. Selain itu, saya juga akan gunakan orkestra untuk iringi persembahan saya. Tapi, bukan untuk semua lagu. Untuk muzik rock ini rasanya tidak sesuai kalau kita masukkan orkestra. Lebih baik saya bagi muzik yang betul-betul raw supaya peminat yang hadir nanti lebih terhibur,” ulas Hattan.

Wings Bawa Superfriends Dalam Konsert Opera Hidup!


Teks oleh Syafiqah Jalal


KUALA LUMPUR, 22 MAC 2011: Pasti ramai peminat rock yang teruja menanti konsert rock terbesar Wings Opera Hidup Superfriends bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 30 April dan 1 Mei 2011 ini.
Apa tidaknya, pelbagai kejutan bakal dijanjikan oleh Wings dan pihak penganjurnya iaitu Bombay Worldwide, Anggerik Event serta Red On Black buat penonton pada konsert itu nanti.
Terbaru, Wings telah memperkenalkan beberapa ikon rock lagenda popular yang digelar Superfriends untuk beraksi bersama-sama bersama-sama mereka dalam konsert yang cukup dinanti-nantikan itu.
Ikon-ikon rock yang terlibat adalah seperti Ramli Sarip, M.Nasir, Nash, Yantzen, Mus (May), Hattan, Lan Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal, Kid Search, Hillary Ang, Yan, Edrie Hashim, Ujang, Yazit Search dan Lola.
Vokalis Wings, Awie yang ditemui dalam sidang media yang berlangsung di Istana Budaya semalam berkata, konsertnya itu bakal menjadi sebuah tempat bagi menghimpunkan otai-otai rock untuk beraksi serta mengegarkan lagi konsert Opera Hidup tersebut.
"Superfriends boleh dikatakan sebagai sebuah tribute kepada ikon-ikon rock yang telah mencipta sejarah serta fonemena rock dalam industri muzik tempatan dari tahun 80-an hingga sekarang.
"Gabungan Wings dan Superfriends akan membawa lagu-lagu hits Wings serta lagu-lagu klasik rock terbaik yang tidak dapat disaksikan di mana-mana sebelum ini yang pastinya akan menjadi sejarah rock negara.
"Dalam konsert yang hanya berlangsung selama 2 jam kami hanya boleh sampaikan tidak kurang daripada 20 lagu. Manakala setiap penyanyi yang diundang akan menyanyikan dua hingga tiga buah lagu kerana entourage kami terlalu ramai," kata Awie yang masih mahu merahsiakan judul-judul lagu yang akan disampaikan sebagai kejutan penonton.
Konsert Opera Hidup Wings
Apa yang pasti, lagu-lagu yang bakal didendangkan Wings dan Superfriends adalah lagu-lagu rock popular yang menjadi siulan sejak tahun 80-an hingga sekarang.
Dalam pada itu, persembahan Wings bersama Superfriends berkonsepkan semi-akustik dengan susunan muzik terbaru akan diadakan pada sesi sebelah petang bermula jam 3. Manakala persembahan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pula akan didakan pada sesi sebelah malam iaitu jam 8.30.
Dalam pada itu, Awie juga merancang untuk menampilkan kejutan lain iaitu dengan membawa motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson di pentas sepanjang Konsert Wings Opera Hidup Superfriends bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan kelak itu berlangsung;.
Menurut Awie, motosikal itu akan menjadi simbolik kepada malam persembahan yang akan dihadiri oleh pihak Harley Davidson pada 1Mei selaku salah satu penaja konsert.
"Saya rasa cukup bertuah kerana nama-nama besar bertaraf antarabangsa seperti jenama Harley Davidson berbesar hati untuk menaja Wings. Sebelum ini, pihak Harley Davidson pernah menaja saya seorang semasa menjalani program jelajah satu Malaysia selama empat hari.
"Kali ini, syarikat tersebut telah mengintai Wings pula. Ini menunjukkan nama Wings diletakkan pada tahap tersendiri. Tambahan pula setelah Istana Budaya membuka ruang kepada kami untuk menjayakan konsert ini di sini. Oleh itu kami akan cuba minta beberapa biji motor Harley Davidson untuk naik ke pentas," katanya kepada murai.com.my.
Selain dari itu, Awie yang juga ahli Harley Davidson berkata pertunjukan beberapa buah kereta Ferrari turut ditampilkan sempena konsert tersebut sebagai lambang eksklusif yang tiada tolok bandingnya.
Manakala Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani yang turut hadir pada majlis tersebut turut mengumumkan bahawa jualan tiket Konsert Wings Opera Hidup Superfriendsbersama Orkestra Simfoni Kebangsaan telah laris dijual. Tambahnya, tiket berharga antara RM65 hingga RM125 telah habis dijual.
Oleh itu, tiket-tiket lain yang berharga RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 boleh lagi didapati melalui www.ticket2u.biz dan www.sayap2wings.com .

Monday, March 14, 2011

Brush up on your #MIXfm music knowledge and play JD & Dilly’s Short Cuts to RM 50,000. Find out more

Brush up on your #MIXfm music knowledge and play JD & Dilly’s Short Cuts to RM 50,000. Find out more

Kumpulan Wings

Wings merupakan sebuah kugiran rock yang berasal dari Malaysia dan ditubuhkan sekitar 1980-an.

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.
Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.
Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, perjudian pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.
Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.
Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.
Penyanyi Utama
  1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 - Hari ini
  2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
  3. Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
  1. Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
  2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
  3. Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988
Pemain Bass
  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -
Pemain Dram
  1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 -
  2. Jojet 1990 - 1993
Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALSsebelum memasuki WINGS. Black keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS.
Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan.
Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mel digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air.
Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS.
Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie.
Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air.
Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.
Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-
  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
  2. Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
  3. Abdul Zamin bin Abdul Kadir(Joe)
  4. Black(Azmi Hashim)

Album

  1. Belenggu Irama (1987)
  2. Hukum Karma(1988)
  3. Teori Domino (1990)
  4. Best Of Wings (1990)
  5. Jerangkung Dalam Almari(1991)
  6. Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)
  7. Bazooka Penaka (1993)
  8. Wings & Superfriends 1 (1994)
  9. Wings & Superfriends 2 (1994)
  10. Orang Asing (1995)
  11. Biru Mata Hitamku (1996)
  12. Puisi Aidilfitri (1996)
  13. Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)
  14. Mencari Asal Usul (1998)
  15. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
  16. Mr.Barbarik (2000)
  17. Trilogi (2001)
  18. Naga Kramat (2002)
  19. Wings Alive 2006 (2007)
  20. Wings - 2 Dekad(2007)
  21. Wings - Live At Planet Hollywood(2008)

[sunting]

Kristal

Poker FaceDetroit CityMichael Jackson - Video Greatest Hits - HIStoryKumpulan Kristal merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu pop rock. Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang remaja lelaki. Mereka mula dikenali dengan lagu "Seragam Hitam" yang dimuatkan di dalam album debut mereka Semut dan Lebah.

Kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitaris utama) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.
Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .
Setelah keluar dengan 'Semut & Lebah' serta 'Pak Belalang', Kristal muncul dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu 'N.T Virus'. Album 'N.T Virus' ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.
'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.
Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, Zunika (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.
Line up asal Kristal ni terdiri dari Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bes), Bob (gitar kedua) dan Ainul (dram). Namun disebabkan Ainul dan Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain. Maka Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram. Maka tempat Joe digantikan oleh Acap (adik kepada Rody).

Album studio

  • Semut & Lebah (1999) Hits: "Seragam Hitam", "Ku Membisu".
  1. "Intan"
  2. "Funky Bukan Ahwee (Aku Bukan Pendekar)"
  3. "Seragam Hitam" (M. Nasir / Loloq)
  4. "Ku Membisu" (Hanafi, Joez, Tam Spider / Loloq)
  5. "Macam Kentang"
  6. "Cinta Zarina" (M. Nasir / Loloq)
  7. "Bersalin Kulit"
  8. "Merdeka Di Minda Sfera"
  9. "Siapa Semut Siapa Lebah"
  10. "Tak Naik Tocang"

  • Pak Belalang (2002) Hits: "Delaila", "Layar Dan Sambar".
  1. "Resam Pak Belalang" (Nafie / Mael)
  2. "Delaila" (Merah / Keon)
  3. "Anjakan Paradigma" (Tam Spider)
  4. "Sandiwara Terkini" (Rody Kristal, Nafie / S. Amin Sahab)
  5. "Layar Dan Sambar" (Tam Spider / Loloq)
  6. "Deja Vu"
  7. "Ingat-Ingat"
  8. "Nirwana (Lihat Lisa)"
  9. "Kesal"
  10. "Lat Ta Li Lat" (Usop Kopratasa / Mael)

  • N.T Virus (2004) Hits: "Kasut Terbang", "Suatu Kenangan", "Keindahan Pantai".
  1. "Saat Itu" (Joe Wings)
  2. "Kasut Terbang" (Rody Kristal, Joe Wings / Loloq)
  3. "Suatu Kenangan" (Harun Ahmad)
  4. "Cita-citaku" (Razlan Kristal)
  5. "Virus" (Joe Wings)
  6. "Hei Bambino" (Edrie Hashim / Mael)
  7. "Hembusan Meniup" (Akiro)
  8. "Boheimia La Rambla" (Joe Wings / Mael)
  9. "Joeana" (Edrie Hashim / Merah)
  10. "Keindahan Pantai" (M. Shariff)

  • Analogi (2006) Hits: "Retorik Cinta", "Bongkak", "Zunika".
  1. "Rajuk Si Hawa" (Rody Kristal / Loloq)
  2. "Retorik Cinta"
  3. "Awek Cun" (Rody Kristal / Razlan Kristal)
  4. "Bongkak" (BONG / Azam Dungun)
  5. "Zunika"
  6. "Generasi Tv" (Razlan Kristal / Mael)
  7. "Analogi" (Kristal / Mael)
  8. "Cahaya" (BONG / Nuar Botak)
  9. "Busuk Membusung" (Lan Laga / Julfekar)
  10. "Nurani"

  • Rock Yeh Yeh 60an (2006)
  1. "Ayahku Kahwin Lagi"
  2. "Baju Hijau"
  3. "Bibir Mesra Jiwa Parah"
  4. "Ikan Todak"
  5. "Kenanganku"
  6. "Dendang Remaja"
  7. "La Obe"
  8. "Oh Fatimah"
  9. "Suzana"
  10. "Tak Mengapa"

  • KEUNGGULAN (2007) (Koleksi Terbaik 1999 - 2006)
  1. "Zunika"
  2. "Keindahan Pantai"
  3. "Delaila"
  4. "Cinta Zarina"
  5. "Suatu Kenangan"
  6. "Cita-citaku"
  7. "Anjakan Paradigma"
  8. "Kasut Terbang"
  9. "Ku Membisu"
  10. "Boheimia La Rambla"
  11. "Layar Dan Sambar"
  12. "Resam Pak Belalang"
  13. "Seragam Hitam"
  14. "Funky Bukan Ahwie"
  15. "Virus"
  16. "Kesal"

  • ROCKAFELLA (2007) Hits: "SMS", "Memburu Impian".
  1. "SMS"
  2. "Memburu Impian"
  3. "Kasihku"
  4. "Zakiah"
  5. "Memikat Hati"
  6. "Janji"
  7. "Madu Dan Racun"
  8. "Pujaan Hati"
  9. "Aku Semut Merah"
  10. "Basikal Tua"

  • BONGKAR (2008) Hits: "Bongkar", "Insan Hamba".
  1. "Bongkar" (BONG / Azam Dungun)
  2. "Insan Hamba" (Isman Isam)
  3. "Hitam Keemasan" (Rody Kristal / Mael)
  4. "Puteri Cinta Hati" (Razlan Kristal / Sheilance)
  5. "Tergiang-ngiang"
  6. "Esok Belum Pasti"
  7. "Cinta Murni"
  8. "Dari Bumi Ke Bulan" (Rody Kristal / Mael)
  9. "Suri"
  10. "Motor Satu Roda"
  11. "Harum Kasih Bersemi" (Isman Isam / Juwie)

  • BOLLYROCK (2009)
  1. "Semua Bayangan"
  2. "Bertemasya"
  3. "Ingin Bersua"
  4. "Gembira Bersama"
  5. "Jauh"
  6. "Tertanya-Tanya"
  7. "Maafkanlah"
  8. "Jangan Suka Merajuk"
  9. "Terpikat Hati"
  10. "Si Dewa Dewi"
  11. "Tiada Derita"
  12. "Penasaran"
  13. "Pujaan Hati"
  14. "Janji"

Antara Band Indie Malaysia



Perubahan Citarasa Muzik

D.J. Dave, Hail Amir dan Uji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruh Hindustan pada 1970-an.
Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan and artiste amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab dan pab kepada kontrak rakaman. ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpualn-kumpulan seperti Alleycats, Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan.
Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slow rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia.
M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat menjadi meluas dan sukar terkawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara.
Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, R&B dan muzik pop menjadi tumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada gologan profesional danberpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majid serta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan Jenny Chin yang dipengaruhi R&B, fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU, sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan rap dan hip-hop Melayu.

Pop yeh-yeh

Pada 1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971. Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istulah "pop yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudul She Loves You ("she loves you, yeah-yeah-yeah".)
Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang dinyanyikan oleh M Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini – dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak" atau singkatannya "kugiran" – terdiri daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan mzuik yang asas (dua buag gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram). Kebanyakan kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. Negeri Johor dan Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di MacDonald's House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik persendirian.
Perkataan "kugiran" julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam rancangan carta mingguan "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang diacarakan oleh DJ Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Adalah difahamkan bahawa singkatan "Ku-Gi-Ran" merupakan cadangan seorang pegawai sari kata bernama Daud Abdul Rahman. "Kugiran" teridri daripada lima atau enam orang anggota termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes, seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (atau keyboard) dan seorang pemain dram.
Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada 1960-an dan kebanyakan lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual dalam komersial. Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasuk M. Osman, A. Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, Halim Yatim "Jandaku", Afidah Es, J. Kamisah, Siti Zaiton, J. Sham, A. Rahman Onn, Hasnah Haron, J. Kamisah, Fatimah M. Amin, Asmah Atan, Orkid Abdullah, A. Remie, Zam Zam, Salim I, Kassim Selamat, M. Rahmat, A. Karim Jais, M. Ishak, Hussien Ismail, Jaafor O, A. Halim, Azizah Mohamed, S. Jibeng dan L. Ramlee. Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur ketika itu termasuk kumpulan The Rhythm Boys, The Siglap Five, The Hooks yang diketuai A. Romzi (dengan lagu hitnya Dendang Remaja), The Siglap Boys, Les Kafilas, The Cliffters yang menampilkan Rikieno Bajuri, Impian Bateks yang menampilkan Rudyn Al-Haj dengan lagu popularnya Naik Kereta Ku dan persembahan a capellanya seperti Oh Posmen, Gadis Sekolah etc, The Swallows yang terkenal dengan La Aube, Angkut-angkut Bilis etc yang dinyanyikan vokalis mereka Kassim Selamat. Lagu La Aube pernah laris di Jerman.
Zaman kegemilangan pop yeh-yeh berakhir pada tahun 1971. Sejak itu, pusat industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah, epnulis lirik, penyanyi, dan penerbit mula berpijak bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan juga di kota lain seperti Johor Bahru dan Ipoh bagi mencari peluang dalam industri muzik Melayu yang kian berubah.

Sunday, March 13, 2011

Hujan akhiri kemarau muzik Malaysia



Judul: Check Check Rock Rock
Artis: Hujan
Genre: Alternatif Rock
Label: Noh Phrofile Enterprise
Pengulas: Elly



Sudah beberapa kali saya menonton persembahan band muzik Hujan ini. Wow... memang sungguh luar biasa sekali penangan Hujan. Macam Lefthanded, Search dan Wings waktu zaman kegemilangan mereka dulu.


Mempunyai pengikut bergelar Raingers yang bukan saja ramai dan supportive tetapi juga sering merempuh di depan pentas setiap kali mereka beraksi di dalam mana-mana persembahan. Tidak hairanlah mengapa syarikat rakaman Universal Music dan juga beberapa yang lain kini sudah mula sibuk memancing mereka untuk dijadikan sebagai artis naungan mereka.


Malah mereka ini jugalah yang sering diperkatakan di kalangan pemuzik serta karyawan muzik tanah air kita. Sebuah band muzik yang sedang meletup. Bukankah ia satu fenomena yang dahsyat? Saya harap anda semua akan terima hakikat bahawa Hujan adalah satu fenomena dalam industri muzik tanah air kita walaupun mereka lebih selesa berjuang dalam underground scene.


Ada juga yang tanya kepada saya, Hujan ini band muzik apa? Apakah mereka ini datang daripada Indonesia? Oh Tuhan, Hujan adalah seratus persen band muzik buatan Malaysia dan itu membuatkan saya berasa paling bangga.


Akhirnya, pada saat-saat ini muncul juga sebuah band muzik tempatan yang menjadi ikon kepada kalangan muda-muda kita dan mereka bermain muzik baru yang benar-benar memenuhi cita rasa pendengar muzik yang sudah lama dahagakan perubahan seperti ini.


Kemunculan Hujan juga bagi saya adalah satu rahmat. Apatah lagi di saat kebanjiran artis band muzik dari luar dan kita pula sangat gersang dengan kuwujudan band muzik seperti Hujan yang ada pengaruh dari segala semua sudut khususnya muzik dan cara penampilan mereka sewaktu beraksi di atas pentas.


Apapun, muzik Hujan yang berteraskan alternatif rock tetapi mempunyai banyak jalur muzik lain termasuklah Jazz memang kedengaran sangat stailo. Mungkin cara mereka menggarap setiap elemen genre muzik ini yang menjadikan muzik mereka adalah sesuatu.


Menjadikan ia lebih solid apabila ia digabungkan dengan lirik yang selamba, cool dan dihasilkan dengan smart way. Setiap bait kata tidak sampaikan secara terus tetapi mempunyai maknanya sendiri.


Misalnya lagu yang berjudul Sedih yang dimuatkan dalam album terbaru mereka ini iaitu Check Check Rock Rock. Liriknya sangat sempoi tapi menarik. Begini bunyinya: Kini ku sepi tak mahu buang masa lagi mencari mencari/dindingnya terlalu tinggi ku cuma mahu tahu apa di sebelah - tak salah/tunduk elak memang helah nya/ tangan umur 3 tahun cuma genggam satu semesta/tak sakit/tak sakit nawaitu nya ada/ tergesa gesa rasa gelisah ini pasrah/ ku lihat kabur ku harus akur aku tunduk.


Saya juga suka dengan beberapa lagu lain mereka dalam album ini seperti Lepaskan Aku, Aku Scandal, Neon dan Ludah Amerika. Lagu ini mempunyai attitude serta warna yang tersendiri. Banyak pengaruh yang dapat anda dengar di dalam album ini. Anda dengar sendirilah.


Tabiklah pada Noh yang menjadi vokalis utama serta pemain gitar di dalam album ini adalah tulang belakang di sebalik kejayaan Hujan kerana selain menyanyi, dialah yang menghasilkan kebanyakan lagu serta lirik di dalam EP terbaru mereka ini.


Sungguhpun begitu saya tidak boleh menidakkan kemampuan ahli lain di dalam band ini kerana kreativiti mereka juga sangat jelas sekali terutama dalam mempamerkan skil-skil permainan yang hebat.

Apa itu muzik rock?





Rock ialah sejenis muzik yang mendapat sokongan ramai di zaman yang penuh pancaroba, mula diperdengarkan oleh dua buah kugiran gergasi pop di dunia iaitu The Beatles dan Rolling Stones. Muziknya di kala itu adalah umpama lanjutan dari muzik Rock & Roll yang sering dipersembahkan oleh Elvis Presley, Sha Na Na, Showaddy Waddy dan lain-lain, tetapi muzik rock lebih aggresive (keras/bingit) dari segi dendangannya. Setelah melalui beberapa detik-detik musim, muzik rock terus berkembang sehinggalah terciptanya irama heavy metal rock yang mula diperkenalkan oleh Led Zeppelin.

Apa itu heavy metal rock? la adalah salah satu dari cabang muzik rock yang lebih aggressive lagi dari yang sedia ada. Muziknya bingit, cara nyanyiannya menjerit-jerit dan peratus besar dari lagu-lagunya rancak 'gila-gila' mengikut istilah anak-anak muda. Kelihatannya muzik jenis ini menjadi pilihan anak-anak muda dewasa ini. Nama-nama kugiran seperti Iron Maiden, Scorpions, Def Leppard, Dio, Quite Riot dan sebagainya begitu popular kini, lantaran muzik heavy metal yang mereka bawakan itu disenangi generasi baru.

Selain dari heavy metal, terdapat banyak lagi cabang muzik rock seperti hard rock, slow rock, jazz rock, blues rock, country rock dan lain-lain sehingga ada pula istilah 'komersial rock'. Malangnya, di tengah kepopularan muzik jenis ini, rock sering benar dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuhmahan dan tuduhan dilemparkan ke arahnya. Apa puncanya? Tak lain kerana situasi muzik ini yang bingit, diiringi dengan gaya persembahan yang agak liar! Seperkara yang paling 'koman' ialah rock sering dikaitkan dengan najis dadah.... musuh masyarakat paling durjana!! Salahnya jatuh kepada para pemuzik rock sendiri. Seantero (seluruh) dunia telah sedia maklum bahawa pelopor-pelopor muzik rock iaitu kesemua ahli anggota The Beatles dan Rolling Stones adalah para penagih najis dadah...!! Mereka inilah yang harus dipersalahkan kerana telah mengimejkan muzik rock dengan najis-najis dadah sedangkan muzik rock sendiri tidak memerlukan tabiat sebegini buruk!

M. Nasir pernah berkata, "Rock adalah muzik yang disukai oleh masyarakat berjiwa memberontak, yang mengambil sikap 'peduli apa'. Mereka tidak suka memikirkan soal-soal yang mengelirukan mereka. Kerana itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yang menentang kelaziman hidup bermasyarakat."

Timbul kini suatu pertanyaan, mengapakah setiap kali bila akan diadakan sesuatu konsert rock, maka pasti terdapat bantahan dari segolongan masyarakat; Tak lain kerana muziknya yang bising dan gelagat anggota pemuziknya yang pasti liar ketika di atas pentas. Tetapi perlu disedari bahawa inilah apa yang dinamakan 'rock'.

Ramli Sarip ketika diminta pendapatnya berkata, "Setiap jenis muzik itu ada gayanya sendiri, seperti dikir barat, boria, pop, dondang sayang, semua ada gaya persembahannya yang tersendiri, begitulah juga dengan rock. Kalau orang kata dengar lagu rock mengkhayalkan, lagu sentimental yang mengisahkan cinta juga ada masanya lebih khayal sampai boleh hangit nasi di dapur. Cuma rock tu agak keras sedikit. Bagi saya, seseorang yang gemarkan sebarang muzik atau apa saja yang dipersembahkan kepada mereka, jika tidak terlalu memudaratkan, tidak perlu dilarang keras."

Oleh yang demikian, seandainya ada saranan dari mana-mana pihak untuk menyekat konsert-konsert rock di sini rasanya adalah suatu saranan yang berat sebelah. Mereka mendakwa penonton konsert rock tak sedar diri, menari terkinja-kinja, menjerit jerit, membuka pakaian dan sebagainya. Bagaimana pula dengan penonton bola sepak? Mereka juga menjerit-jerit tak sedar diri, membuka pakaian, malah lebih dahsyat lagi pemah terjadi pergaduhan hingga roboh stadium dan mengakibatkan kematian! Haruskah pertandingan bola sepak juga disekat sama seperti konsert rock?

Kini, sedunia telah menyedari kecelakaan najis dadah. Para pemuzik rock kini sedang berusaha membersihkan muzik rock dengan hakikat 'rock tanpa dadah'. Anggota kugiran Van Halen mengepalai kugiran-kugiran heavy metal yang lain-lainnya dan memimpin mereka ke jalan ini.... rock tanpa najis dadah! Bagi para pemuzik rock di dunia sebelah timur, hakikat muzik rock tanpa najis dadah amat disenangi dan bersesuaian dengan matlamat hapuskan najis dadah musuh negara!! Sebetulnya muzik rock itu bersih, sebersih muzik-muzik lain seperti dangdut, ghazal, asli, boria dan sebagainya. Cuma kelakuan sebilangan pemuzik rock yang telah mengotorinya dengan najis dadah. Para pemuzik rock kini bersama berganding bahu berusaha membersihkan nama rock yang telah lama tercemar itu.

Namun demikian, muzik rock ini tetap 'keras' macam batu sifatnya. Muziknya yang bingit, nyanyian yang terjerit-jerit dan gaya persembahan yang liar (aggressive) tetap menjadi identiti kepunyaan rock, tambahan para pemuziknya berambut panjang mencecah ke bahu. Kesemua itu adalah 'seni' bagi muzik rock. Andainya kekurangannya salah satu dari faktor tersebut, maka akan sumbanglah 'seni'nya. Hinggakan titisan peluh yang tersembur di kala para pemuzik rock ini beraksi juga dikira 'seni' rock... Kemungkinan inilah sebabnya mengapa kugiran rock dengan imej yang menakutkan tidak sesuai untuk muncul bermain di siaran hiburan TV Malaysia kerana undang-undang yang memaksa mereka mengikat rambut dan tak boleh bergaya liar itu kesemuanya mencacatkan 'seni' mahupun identiti kumpulan muzik ini?

Di manakah rahsianya yang membuatkan muzik rock begitu popular di kalangan masyarakat dewasa ini? Dunia kini semakin moden. Penghuninya sibuk berlumba-lumba meneroka kehidupan baru, mencari kemajuan dan pembaharuan. Dalam kehidupan yang penuh pergolakan ini manusia lebih senang dengan ketegasan dan kehangatan yang dapat menyaingi mereka dalam setiap arus pergolakan. Mereka tidak punya masa lagi untuk hanyut dengan lagu-lagu sentimental (jiwa-jiwa) yang mengkhayalkan dan membuai perasaan....