header nuffnang

Laman Utama

Monday, March 14, 2011

Perubahan Citarasa Muzik

D.J. Dave, Hail Amir dan Uji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruh Hindustan pada 1970-an.
Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan and artiste amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab dan pab kepada kontrak rakaman. ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpualn-kumpulan seperti Alleycats, Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan.
Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slow rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia.
M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat menjadi meluas dan sukar terkawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara.
Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, R&B dan muzik pop menjadi tumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada gologan profesional danberpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majid serta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan Jenny Chin yang dipengaruhi R&B, fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU, sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan rap dan hip-hop Melayu.

No comments:

Post a Comment