header nuffnang

Laman Utama

Tuesday, March 22, 2011

Wings Bawa Superfriends Dalam Konsert Opera Hidup!


Teks oleh Syafiqah Jalal


KUALA LUMPUR, 22 MAC 2011: Pasti ramai peminat rock yang teruja menanti konsert rock terbesar Wings Opera Hidup Superfriends bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 30 April dan 1 Mei 2011 ini.
Apa tidaknya, pelbagai kejutan bakal dijanjikan oleh Wings dan pihak penganjurnya iaitu Bombay Worldwide, Anggerik Event serta Red On Black buat penonton pada konsert itu nanti.
Terbaru, Wings telah memperkenalkan beberapa ikon rock lagenda popular yang digelar Superfriends untuk beraksi bersama-sama bersama-sama mereka dalam konsert yang cukup dinanti-nantikan itu.
Ikon-ikon rock yang terlibat adalah seperti Ramli Sarip, M.Nasir, Nash, Yantzen, Mus (May), Hattan, Lan Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal, Kid Search, Hillary Ang, Yan, Edrie Hashim, Ujang, Yazit Search dan Lola.
Vokalis Wings, Awie yang ditemui dalam sidang media yang berlangsung di Istana Budaya semalam berkata, konsertnya itu bakal menjadi sebuah tempat bagi menghimpunkan otai-otai rock untuk beraksi serta mengegarkan lagi konsert Opera Hidup tersebut.
"Superfriends boleh dikatakan sebagai sebuah tribute kepada ikon-ikon rock yang telah mencipta sejarah serta fonemena rock dalam industri muzik tempatan dari tahun 80-an hingga sekarang.
"Gabungan Wings dan Superfriends akan membawa lagu-lagu hits Wings serta lagu-lagu klasik rock terbaik yang tidak dapat disaksikan di mana-mana sebelum ini yang pastinya akan menjadi sejarah rock negara.
"Dalam konsert yang hanya berlangsung selama 2 jam kami hanya boleh sampaikan tidak kurang daripada 20 lagu. Manakala setiap penyanyi yang diundang akan menyanyikan dua hingga tiga buah lagu kerana entourage kami terlalu ramai," kata Awie yang masih mahu merahsiakan judul-judul lagu yang akan disampaikan sebagai kejutan penonton.
Konsert Opera Hidup Wings
Apa yang pasti, lagu-lagu yang bakal didendangkan Wings dan Superfriends adalah lagu-lagu rock popular yang menjadi siulan sejak tahun 80-an hingga sekarang.
Dalam pada itu, persembahan Wings bersama Superfriends berkonsepkan semi-akustik dengan susunan muzik terbaru akan diadakan pada sesi sebelah petang bermula jam 3. Manakala persembahan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pula akan didakan pada sesi sebelah malam iaitu jam 8.30.
Dalam pada itu, Awie juga merancang untuk menampilkan kejutan lain iaitu dengan membawa motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson di pentas sepanjang Konsert Wings Opera Hidup Superfriends bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan kelak itu berlangsung;.
Menurut Awie, motosikal itu akan menjadi simbolik kepada malam persembahan yang akan dihadiri oleh pihak Harley Davidson pada 1Mei selaku salah satu penaja konsert.
"Saya rasa cukup bertuah kerana nama-nama besar bertaraf antarabangsa seperti jenama Harley Davidson berbesar hati untuk menaja Wings. Sebelum ini, pihak Harley Davidson pernah menaja saya seorang semasa menjalani program jelajah satu Malaysia selama empat hari.
"Kali ini, syarikat tersebut telah mengintai Wings pula. Ini menunjukkan nama Wings diletakkan pada tahap tersendiri. Tambahan pula setelah Istana Budaya membuka ruang kepada kami untuk menjayakan konsert ini di sini. Oleh itu kami akan cuba minta beberapa biji motor Harley Davidson untuk naik ke pentas," katanya kepada murai.com.my.
Selain dari itu, Awie yang juga ahli Harley Davidson berkata pertunjukan beberapa buah kereta Ferrari turut ditampilkan sempena konsert tersebut sebagai lambang eksklusif yang tiada tolok bandingnya.
Manakala Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani yang turut hadir pada majlis tersebut turut mengumumkan bahawa jualan tiket Konsert Wings Opera Hidup Superfriendsbersama Orkestra Simfoni Kebangsaan telah laris dijual. Tambahnya, tiket berharga antara RM65 hingga RM125 telah habis dijual.
Oleh itu, tiket-tiket lain yang berharga RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 boleh lagi didapati melalui www.ticket2u.biz dan www.sayap2wings.com .

No comments:

Post a Comment